JOM KITAR SEMULA !!!

JOM KITAR SEMULA !!!

Sunday 30 April 2017

TAHUKAH ANDA ???

PROGRAM YANG DIANJURKAN OLEH MAJLIS PENBANDARAN MANJUNG
Program & Aktiviti

PELAKSANAAN PROGRAM KITAR SEMULA
MATLAMAT
  • Majlis Perbandaran Manjung sebagai pihak berkuasa tempatan yang aktif memastikan penduduk dan orang ramai yang tinggal dalam kawasannya menjayakan dan mengamalkan aktiviti kitar semula.
APA ITU KITAR SEMULA?
  • Proses memperolehi atau menjadikan sebahagian atau semua bahan daripada sampah untuk di guna semulaatau dalam erti kata yang mudah, proses mengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah.
  • Kami ingin berkongsi dengan warga Manjung tentang kepentingan kitar semula dalam kehidupan kita. Mempelajari tentang kitar semula dan mempraktikkanya adalah dua perkara yang berbeza. Oleh itu, kami ingin menggesa seluruh warga Manjung supaya mengamalkan kitar semula dalam kehidupan seharian kerana masa depan terletak di tangan kita sendiri
OBJEKTIF
  • Memastikan aktiviti kitar semula sentiasa dijalankan dan diamalkan oleh semua pihak di dalam kawasan Majlis Perbandaran Manjung
  • Meningkatkan kesedaran dan kefahaman kepada semua pihak pentingnya amalan kitar semula
  • Meningkatkan penyertaan semua pihak khususnya penduduk di taman-taman perumahan, industri, premis-premis perniagaan, tempat ibadat dan jabatan serta agensi kerajaan termasuk NGO.
TAHUKAN ANDA?
  • Setiap hari kita memghasilkan 15,000 tan sampah tetapi kita semakin kesempitan ruang untuk menampungnya.
  • Untuk menghasilkan 1 tan kertas memerlukan 17 batang pokok palm yang berumur tidak kurang daripada 10 tahun.
  • Kerajaan membelanjakan purata sebanyak RM 130.00 bagi melupuskan 1 tan sampah sarap. ( RM 130.00 X 15,000 tan = RM 1,950,000.00 sehari).
  • Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan dengan kos sebanyak RM 4 juta kertas terpakai dari negara luar setiap bulan.
  • Dengan mengitar semula 1 tin aluminium, kita akan menjimatkan tenaga yang mencukupi untuk menghidupkan peti televisyen selama 3 jam.
  • Dengan mengitar semula satu botol kaca, kita dapat menjimatkan kuasa sebanyak 100 watt untuk menyalakan mentol selama 4 jam.
  • Kertas yang dikitar semula dapat mengurangkan 4380 tan sampah sehari. Jumlah ini bersamaan dengan 78,000 batang pokok yang diperlukan untuk membuat kertas. Bayangkanlah betapa kita dapat memelihara hutan kita dengan mengamalkan kitar semula.

Saturday 29 April 2017

AKTIVITI KITAR SEMULA

AKTIVITI KITAR SEMULA


Pelbagai aktiviti kitar semula yang kita boleh lakukan demi menjaga alam sekitar dan kehidupan seharian kita. Aktiviti ini juga dapat memberi manfaat yang sangat berguna kepada kita semua dan juga bumi kita. Selain itu , aktiviti kitar semula juga dapat memotivasi diri kita sendiri supaya kita sedar akan pentingnya kitar semula terhadap alam semula jadi. Dengan itu alam sekitar dapat dipelihara dengan sebaiknya. Disamping itu , akitiviti kitar semula juga dapat memupuk semangat cintakan alam sekitar. Aktiviti kitar semula ini juga boleh menggunakan idea kreativiti kta sendiri.
  

ANTARA BAHAN YANG BOLEH DIKITAR SEMULA:

1) KERTAS
  • Surat khabar lama, buku, majalah lama, kertas, kotak, sampul surat,   kalendar dan sebagainya.
2) ALUMINIUM DAN BESI
  • Tin minuman, foil aluminium dan barangan logam.
 3) PLASTIK

  • Beg plastik, botol mineral, botol syampo, botol minuman, bekas makanan plastik dan sebagainya.

4) PAKAIAN
  •  Pakaian-pakaian lama.
5) E-WASTE
  •  Barangan elektrik seperti komputer lama, radio dan sebagainya.


BAHAN YANG TIDAK BOLEH DIKITAR SEMULA:
 

  • Tin cat
  • Tong sisa toksik
  • Sel kering
  • Mentol
  • Tingkap rumah
  • Aluminium foil
  • Bekas styrofom
  • Lampin pakai buang kanak-kanak
  • Bakas pembalut makanan
  • Kertas tisu












ANTARA AKTIVITI KITAR SEMULA

1.  KITAR SEMULA BARANG TERPAKAI

  • ·         Tangga yang sudah buruk diubah menjadi kabinet buku



  • ·         Kerusi yang tidak digunakan diubah menjadi rak bag

  • ·         Sudu plastik dijadikan lampu hiasan
 
  • ·         Raket tenis diubah suai menjadi cermin





  • ·         Tayar buruk diubah menjadi barang hiasan rumah
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 2. KITAR SEMULA KOTAK KASUT

  • Kotak Extension plug
 

  • Rumah mini anak patung

  •  Rak dinding mini
  •  Bekas benih semaian
  •  Kotak anting-anting
3. Kitar semula botol plastik 






Friday 28 April 2017

BERITA

BERITA & LAPORAN MENGENAI KITAR SEMULA


Di sini saya akan kongsikan beberapa keratan akhbar  mengenai kitar semula untuk memberi kesedaran kepada masyarakat semua.









5 perkara anda perlu tahu mengenai pengasingan sisa pepejal di punca


KUALA LUMPUR: Bermula 1 September 2015, kerajaan telah mewajibkan pengasingan sisa pepejal isi rumah secara berperingkat.

Pelaksanaan ini adalah berdasarkan peraturan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang berkuatkuasa di negeri-negeri dan wilayah-wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah.

Denda kompaun maksimum sehingga RM1,000 akan dikenakan jika didapati enggan melaksanakan pengasingan sisa pepejal mulai 1 Jun ini.

BERIKUT LIMA PERKARA YANG ANDA PERLU  TAHU MENGENAI PELAKSANAAN PENGASINGAN SISA PEPEJAL DI PUNCA:

1. Apa itu pengasingan sisa pepejal di punca?

Pengasingan sisa pepejal di punca (SAS) adalah proses mengasingkan sisa pepejal yang dihasilkan di punca mengikut komposisi sisa pepejal seperti kertas, plastik, lain-lain bahan kitar semula (kaca/seramik, tin aluminium/besi/logam, sisa elektronik/barang elektrik lain, bahan fabrik/kasut/getah/kulit dan sisa berbahaya) dan sisa baki (sisa makanan, lampin pakai buang dan sisa lain yang kotor).

BACA: Kitar semula sisa makanan: Apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan

Kitar semula, apa yang boleh dan yang tidak boleh. - Foto Astro AWANI

2. Mengapa kerajaan ingin melaksanakan pengasingan sisa pepejal?

Di Malaysia, dianggarkan jumlah bahan-bahan kitar semula yang dibuang ke tapak pelupusan sampah setiap tahun adalah sebanyak 2.3 juta tan dengan anggaran nilai mencecah RM900 juta.
Pada tahun 2013, jumlah penjanaan sisa negara meningkat kepada 33,000 tan sehari, berbanding 19,000 tan sehari pada tahun 2005.

Ini bermakna purata pertambahan janaan sisa pepejal setahun secara linear ialah 6.7 peratus, iaitu jauh lebih tinggi berbanding purata kadar pertambahan di peringkat global iaitu 3 peratus sahaja.

Ini juga bermakna kadar pertambahan amaun sisa pepejal negara adalah dua kali ganda daripada sepatutnya.

Sebagai negara maju, Malaysia sepatutnya mencapai 22 peratus kadar kitar semula pada tahun 2020 seperti dicatatkan oleh negara maju lain iaitu Jerman 62 peratus, Austria 68 peratus, Taiwan 60 peratus dan 59 peratus kadar kitar semula di Singapura.

Namun buat masa ini, hanya 17.39 peratus sahaja rakyat Malaysia yang mengamalkan aktiviti kitar semula, walaupun kerajaan telah memperkenalkan program pengasingan sisa pepejal di punca sejak 1 September 2015.


3. Bagaimana melaksanakan pengasingan sisa pepejal di punca?

Secara mudahnya, sisa pepejal hendaklah diasingkan kepada sisa yang boleh dikitar semula dan sisa baki.

Sisa baki merupakan sisa pepejal isi rumah yang tidak boleh dikitar semula seperti sisa makanan dan sisa-sisa kotor.

Sisa baki ini perlu diikat kemas dan diletakkan dalam tong sampah yang disediakan. Sisa ini akan dihantar ke tapak pelupusan sampah.

Sisa pepejal yang boleh dikitar semula perlu diasingkan mengikut jenis sisa pepejal seperti berikut:

a. Kertas - surat khabar, majalah, buku panduan, komik, katalog, kertas komputer, kertas A4, kertas berwarna, resit, bil , kotak kertas, kadbod, kalender, sampul surat, poskad, risalah, dan bungkusan pos.

b. Plastik - botol minuman ringan, botol jus, botol minuman air mineral, bekas makanan, bekas sabun cecair mandian, botl syampu, botol makanan kesihatan/vitamin, bekas pencuci pakaian/lantai, botol kicap, baldi, ,beg plastik, bekas ais krim dan lain - lain jenis plastik.

c. Lain-lain bahan kitar semula iaitu:
  
i. Kaca/Seramik - botol kicap, botol sos, botol jem, botol minuman ringan, botol vitamin, bekas kosmetik, pinggan kaca  dan sebagainya.
ii. Tin aluminium/besi/logam lain -  tin minuman ringan, tin makanan dan sos, tin biskut, tin makanan cecair, alatan dapur seperti sudu, periuk senduk dan sebagainya.
iii. Sisa elektrik/barang elektrik kecil - bateri, kalkulator, telefon bimbit, peralatan elektrik, lampu kalimantang, lampu LED,cerek elektrik, dapur elektrik dan sebagainya.
iv. Bahan fabrik/kasut/getah/kulit - kasut, beg tangan, pakaian, sarung tangan dan sebagainya.
v. Sisa berbahaya - bekas penyembur ubat nyamuk,tin cat, bekas racun, bekas bahan pelarut, bekas ubat anai-anai dan sebagainya.

Sisa kitar semula ini perlu diletakkan dengan kemas di tepi tong pada hari kutipan.

Bagi memudahkan pengasingan sisa pepejal dilaksanakan di rumah, orang ramai digalakkan menyediakan apa-apa bekas yang bersesuaian seperti kotak atau bakul sampah untuk mengasingkan sisa.

4. Bilakah kutipan dibuat ke atas sisa pepejal yang telah diasingkan?

Bagi sisa pepejal yang telah diasingkan seperti kertas, plastik, lain-lain bahan kitar semula, kutipan akan dibuat sekali seminggu. Kutipan ini juga akan dibuat bersekali dengan kutipan sisa pukal dan sisa kebun. Manakala, sisa baki pula, kutipan akan dibuat dua kali seminggu.

Kutipan dilaksanakan oleh syarikat konsesi yang dilantik oleh pihak kerajaan. Jadual kutipan akan dipaparkan pada papan tanda jadual perkhidmatan di kawasan masing-masing.

5. Apa berlaku sekiranya gagal mengasingkan sisa pepejal di punca?

Denda kompaun maksimum sehingga RM1,000 akan dikenakan mengikut Akta 672, jika didapati enggan melaksanakan pengasingan sisa pepejal berkuatkuasa 1 Jun ini.

Bagi premis bertanah, kadar kompaun RM50 dikenakan bagi kesalahan pertama, RM100 bagi kesalahan kedua dan RM500 bagi kesalahan ketiga.

Bagi premis bertingkat, kadar kompaun yang dikenakan ke atas Badan Pengurusan Bersama (JMB) bagi kesalahan pertama adalah sebanyak RM100, RM200 bagi kesalahan kedua dan RM500 bagi kesalahan ketiga.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/5-perkara-anda-perlu-tahu-mengenai-pengasingan-sisa-pepejal-di-punca-105825





Kitar semula surat khabar lama, warga emas berjaya kumpul RM1.74 juta

Kitar semula surat khabar lama, warga emas berjaya kumpul RM1.74 juta
Johnny Jennings, 86, mula mengumpul barangan terpakai itu sejak 32 tahun lalu.
SEORANG lelaki yang berasal dari Amerika Syarikat telah berjaya mengumpul wang sebanyak USD400,00 (RM1.74 juta) dengan hanya mengitar semula surat khabar dan majalah lama.

Johnny Jennings, 86, mula mengumpul barangan terpakai itu sejak 32 tahun lalu.

Amalan kitar semula itu dilakukan dengan tujuan untuk mendidik anaknya agar sentiasa menabung dan mengurus kewangan dengan baik.

Semenjak itu, dia dan anaknya mula bekerjasama mengumpul barangan terpakai yang boleh dikitar semula dan seterusnya dijual. Hasil jualan tersebut pula akan disimpan ke dalam bank.

Menurut anaknya, Brent Jennings, mereka talah mengamalkan aktiviti kitar semula itu sehingga dia berusia 17 tahun.

Beberapa tahun kemudian, hasil wang simpanan mereka telah cukup untuk membayar bayaran muka rumah pertama Brent.

Walaupun kini Brent telah dewasa dan berkeluarga, ayahnya tetap dengan amalan kitar semula tersebut selain jiran mereka turut memberi sokongan dengan menghantar surat khabar lama di rumah Johnny.

Pada tahun 2016, wang yang dikumpul oleh Johnny hasil daripada jualan barangan terpakai adalah berjumlah USD 32,040 (RM139,325). Dia kemudian memilih untuk menderma wangnya kepada badan kebajikan iaitu Rumah Kanak-kanak dan Keluarga Georgia.
Sumber : Edition.cnn.com
Olahan : Izzat Ridzwan
http://www.astroawani.com/berita-dunia/kitar-semula-surat-khabar-lama-warga-emas-berjaya-kumpul-rm1-74-juta-140896



 PENDAPAT SAYA😁😁



Pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk memupuk kesedaran terhadap masyarakat bahawa pentingnya mengitar semula barang-barang terpakai atau mengasingkan sisa-sisa sampah yang telah dibuang. Hal ini demikian kerna boleh membantu mengurangkan beban kerajaan dalam memproses sampah biasa yang semakin meningkat. Di samping itu juga, aktiviti kitar semula dapat memelihara alam sekitar daripada tercemar. Malah kita dapat menyelamatkan bumi daripada pencemaran untuk generasi yang akan datang. Sebagai masyarakat yang prihatin terhadap bumi , kita hendaklah menyokong amalan kitar semula demi kebaikan kita semua. 
Sekian.




Bahan Kitar Semula

BAHAN KITAR SEMULA



Assalamualaikum dan selamat petang kepada pembaca semua. Disini saya ingin mengongsikan blog pertama saya iaitu mengenai Bahan kitar semula. Saya menulis blog ini sebagai tugasan yang diberi oleh pensyarah saya dalam subjek MTE atau IT. Semoga apa yang saya cuba kongsikan melalui blog ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Selamat membaca !



JOM SELAMATKAN DUNIA !



Kitar semula merupakan proses yang melibatkan 3R iaitu "Reduce, Reuse,Recycle" (kurangkan, guna semula, kitar semula) ke atas barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas, aluminium, logam, botol plastik, kotak, barangan kaca, barangan elektronik dan lain-lain. Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran.

Terdapat banyak definisi mengenai kitar semula. Namun definisi yang sering kali digunakan ialah suatu proses untuk mengubah bahan yang menjadi sisa kepada suatu sumber yang mendatangkan nilai. Terdapat beberapa jenis bahan buangan atau sampah yang dijana oleh kita boleh dihasilkan sebagai satu barangan baharu ataupun barangan yang sama dengan memproses semula barangan tersebut.

Proses kitar semula juga melibatkan usaha mengumpul, memproses, menggunakan semula bahan-bahan yang dianggap sebagai sampah. Kitar semula memungkinkan bahan-bahan yang terbuang dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Amalan kitar semula ini amatlah penting untuk menyelamatkan bumi kita daripada tercemar. Malah kitar semula ini juga dapat mengurangkan pembuangan sampah yang sedia ada di persekitaran kita.



Kitar semula merupakan salah satu cara yang terbaik untuk mengelakkan pencemaran dibumi kita. kita perlu bertindak dengan cepat kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin mneningkat dari semasa ke semasa. Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :

Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa.
● Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa.
● Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi).

● Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa/bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.


                                           


Mengapa perlunya kitar semula?

  • Mengurangkan penjanaan sampah sarap ke tapak pelupusan sampah.
  • Mengurangkan pencemaran udara kesan daripada pembakaran hutan (untuk membina tapak pelupusan sampah).
  • Mengurangkan pencemaran udara kesan akibat pembakaran sampah secara terbuka.
  • Mengurangkan pencemaran sungai dan laut akibat daripada pembuangan sampah secara berleluasa.
  • Mengelakkan pencemaran bau akibat daripada pengurusan sampah yang tidak dilaksanakan secara sistematik.
  • Menjana pendapatan dengan mudah.
  • Kitar semula merupakan amalan yang mudah dilaksanakan dan tidak memerlukan masa yang lama untuk melaksanakannya.
  • Mengurangkan penggunaan sumber yang baharu untuk dijadikan bahan baharu seperti kulit kayu yang digunakan untuk menghasilkan kertas.
  • Bahan yang boleh dikitar semula boleh dijadikan bahan-bahan sumbangan kebajikan.
  • Mengelakkan kepupusan flora dan fauna.





Kepentingan kitar semula terhadap alam sekitar



Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat besar kepada alam semula jadi :

  • Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula dapat membantu  mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.
  • Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah. Oleh itu, sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan.
  • Tenaga yang besar digunakan apabilan membuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dan secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharaan dan pemeliharaan alam semula jadi.
  • Masalah kesan Rumah Hijau juga dapat dikurangkan dengan mengitar semula bahan-bahan terbuang daripada bahan mentah yang menggunakan banyak tenaga. Malah barang yang dikitar semula itu barang yang dapat digunakan semula dan mesra alam.


Kepentingan kitar semula terhadap manusia

  • Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.
  • Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding dihasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.
  • Memelihara sumber asli semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli.
  • Kitar semula juga dapat menjana pendapatan bagi golongan masyarakat yan berpendapatan rendah. Misalnya membuat kraftangan menggunakana bahan yang terbuang dan menjualkannya sebagai sumber pendapatan mereka.

KEBURUKAN TIDAK MENGAMALKAN KITAR SEMULA



Jika kita tidak mengamalkan amalan kitar semula , pelbagai kesan negatif yang akan berlaku. Sikap ini seolah-olah tidak merasa sayang dan cintakan terhadap alam sekitar dan persekitarannya.Antara kesan-kesan yang berlaku jika kita tidak mengamalkan amalan kitar semula ialah: 

  • Suhu bumi akan bertambah panas. Hal ini demikian kerana asap-asap kilang yang menghasilkan produk daripada bahan mentah mengeluarkan karbon dioksida yang boleh memudaratkan suhu di bumi kerana penggunaan tenaga yang banyak. Malah lebih ketara ke atas kesan rumah hijau. Pemanasan global juga berlaku sekiranyan berlaku penebangan pokok-pokok untuk menghasilkan produk yang berterusan.
  • Pencemaran sungai. Pencemaran sungai berlaku sekiranya masyarakat yang tidak bertanggungjawab telah membuang sampah dan sisa-sisa ke dalam sungai. Hal ini demikina kerana boleh menyebabkan sungai-sungai tercemar dan sumbat malah ia boleh menyebabkan berlaku banjir. Di samping itu juga masyarakat bersikap sambil lewa dengan tidak mengasingkan sampah mengikut jenis-jenis seprti kerta, kaca, aluminum dan lain-lain. 



TAHUKAH ANDA ???

PROGRAM YANG DIANJURKAN OLEH MAJLIS PENBANDARAN MANJUNG Program & Aktiviti PELAKSANAAN PROGRAM KITAR SE...