JOM KITAR SEMULA !!!

JOM KITAR SEMULA !!!

Friday 28 April 2017

LAPORAN KITAR SEMULA

KUALA TERENGGANU - SWCorp Terengganu dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diminta untuk mengkaji aspek-aspek polisi dan perundangan yang boleh membantu mempertingkatkan amalan kitar semula di negeri ini. Ia termasuk langkah-langkah untuk mewujudkan galakan yang bersesuaian, terutama bagi penggunaan teknologi dalam aktiviti kitar semula.
Usaha ini dibuat bagi memastikan Terengganu kekal sebagai “role-model” bagi amalan kitar semula yang bakal dicontohi semua rakyat dan majikan di negara ini. Buat masa ini, semua jabatan serta agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang berada di Terengganu   sudah   diwajibkan   untuk     menempatkan tong-tong kitar semula di pejabat   masing-masing   bagi   menggalakkan   semua   pegawai   kerajaan mengukuhkan   lagi   amalan   kitar   semula   dalam kalangan pegawai di tempat kerja dan keluarga masing-masing.
Selain       itu,       setiap       kawasan perumahan   juga   perlu   disediakan   dan   dilengkapi dengan Pusat Kitar Semula selain Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak-Pihak   Berkuasa   Tempatan   (PBT)   bekerjasama antara satu sama lain dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan responsif kepada pelanggan, termasuk dari segi pengurusan sisa pepejal. Tambahan   dari     itu,     KPKT,     PBT,     pemaju     perumahan,     pengurus     pusat   membeli   belah   dan   pihak-pihak   lain   mestilah   memastikan   bahawa   pusat   pengumpulan sisa buangan serta tong-tong kitar semula ditempatkan di lokasi-lokasi yang   sesuai   dan   mudah   diakses,   seperti di   kawasan   perumahan,   di   pusat   aktiviti komuniti, di pusat membeli-belah dan juga di tempat pekerjaan untuk memudahkan dan   menggalakkan   lebih   ramai   orang   mengitar semula.
Selain     itu,     pendidikan     dan     pemahaman terhadap amalan kitar semula juga sangat penting ditekankan. Ini kerana dalam     pemikiran     kebanyakan     rakyat     Malaysia, kitar semula hanya terhad kepada tong kitar semula semata-mata.Kitar semula adalah jauh daripada itu, ia adalah satu cara hidup yang berkait rapat dengan nilai-nilai murni seperti tidak boros, sederhana   dan   menghargai   nilai   sesuatu benda.
Pemikiran   kitar   semula   harus   menjadi   sebahagian   daripada   kebiasaan   kita,     baik di     peringkat     pembelian, penggunaan ataupun pembuangan. Maka, untuk menyokong dan mempermudahkan penjiwaan   amalan   kitar   semula   dalam   diri   setiap   rakyat,   pihak-pihak   berkuasa   terutamanya   PBT hendaklah   bekerjasama   dengan   rakyat   dan   memastikan   bahawa perkhidmatan yang diberi dan kemudahan infrastruktur     yang     disediakan     adalah   mencukupi, efisien dan konsisten.
Umum   mengetahui,   salah   satu   daripada masalah alam sekitar yang semakin meruncing di Terengganu pada masa kini ialah jumlah pembuangan sisa pepejal yang semakin banyak, serta tapak pelupusan yang semakin padat dan berkurangan. Keseluruhan   negeri   Terengganu   kini   menghasilkankira-kira   1,400   tan   sampah setiap hari atau sebanyak 504,000 tan   setahun.   Kadar   penghasilan   sampah   negeri ini dijangka meningkat pada kadar 20   peratus   setiap tahun, selari   dengan   pertambahan     penduduk     dan     kegiatan     ekonomi negeri yang semakin pesat. Manakala kajian mendapati, tapak pelupusan sisa buangan sedia ada hanya dapat menampung setakat 60 peratus sisa buangan dalam   masa   dua   tahun   lagi.   Walaupun   teknologi   canggih   untuk pelupusan sisa   buangan wujud dan kerajaan sedang dalam proses meningkatkan penggunaan teknologi tersebut, namun usaha-usaha ini tidak akan mencukupi bagi tujuan sebenarnya.
Dari     segi     ekonomi,     Kerajaan     Negeri     terpaksa     membelanjakan    lebih     daripada   96   juta   ringgit   setahun   untuk   menguruskan sisa pepejal yang dihasilkan oleh penduduk negeri ini. Sekiranya kita berjaya mencapai sasarannya, iaitu untuk mengitar   semula sekurang-kurangnya   22peratus   daripada   jumlah janaan   sampah,   adalah   dijangka   kita   boleh menjimatkan   sekurang-kurangnya     RM21     juta     setiap     tahun. Jumlah ini boleh disalurkan kepada projek-projek pembangunan lain yang lebih diperlukan oleh rakyat. Dari segi   industri,   amalan kitar semula dapat mengurangkan perbelanjaan mengekstrak   sumber   ekonomi  baharu, manakala industri kitar semula itu sendiri dapat   menjana   peluang   perniagaan   dan   pekerjaan   yang baharu   serta   lebih,   jika   dibandingkan dengan industri pembuangan sisa   pepejal   semata-mata.  
Paling   penting,   amalan   kitar   semula   dapat   menolong   memelihara alam sekitar dan meningkatkan kualiti   hidup   rakyat   terutamanya   rakyat   negeri Terengganu sejagat. Terdahulu,     sebagai     komitmen     negeri terhadap usaha peningkatan amalan kitar   semula,   telah   diadakan   Program   Transformasi  Terengganu Terbersih  (Pembudayaan  Kebersihan, Pengasingan  Sisa Di Punca dan Kitar Semula) Sekolah dan Tadika Negeri Terengganu Tahun 2016. Penganjuran  program  ini   bertujuan untuk meningkatkan pemahaman serta   kesedaran   kepada   pelajar   terhadap kepentingan pemeliharaan kebersihan, alam sekitar dan seterusnya amalan kitar semula yang merupakan satu perkara yang amat penting sekali dalam usaha untuk mencapai pembangunan yang mampan, berkualiti dan seimbang di masa hadapan.
Majlis penutup program berkenaan telah diadakan di Dewan  Serbaguna, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dan  disempurnakan  oleh Pengerusi Jawatankuasa   Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang

No comments:

Post a Comment

TAHUKAH ANDA ???

PROGRAM YANG DIANJURKAN OLEH MAJLIS PENBANDARAN MANJUNG Program & Aktiviti PELAKSANAAN PROGRAM KITAR SE...