JOM KITAR SEMULA !!!

JOM KITAR SEMULA !!!

Sunday 30 April 2017

TAHUKAH ANDA ???

PROGRAM YANG DIANJURKAN OLEH MAJLIS PENBANDARAN MANJUNG
Program & Aktiviti

PELAKSANAAN PROGRAM KITAR SEMULA
MATLAMAT
  • Majlis Perbandaran Manjung sebagai pihak berkuasa tempatan yang aktif memastikan penduduk dan orang ramai yang tinggal dalam kawasannya menjayakan dan mengamalkan aktiviti kitar semula.
APA ITU KITAR SEMULA?
  • Proses memperolehi atau menjadikan sebahagian atau semua bahan daripada sampah untuk di guna semulaatau dalam erti kata yang mudah, proses mengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah.
  • Kami ingin berkongsi dengan warga Manjung tentang kepentingan kitar semula dalam kehidupan kita. Mempelajari tentang kitar semula dan mempraktikkanya adalah dua perkara yang berbeza. Oleh itu, kami ingin menggesa seluruh warga Manjung supaya mengamalkan kitar semula dalam kehidupan seharian kerana masa depan terletak di tangan kita sendiri
OBJEKTIF
  • Memastikan aktiviti kitar semula sentiasa dijalankan dan diamalkan oleh semua pihak di dalam kawasan Majlis Perbandaran Manjung
  • Meningkatkan kesedaran dan kefahaman kepada semua pihak pentingnya amalan kitar semula
  • Meningkatkan penyertaan semua pihak khususnya penduduk di taman-taman perumahan, industri, premis-premis perniagaan, tempat ibadat dan jabatan serta agensi kerajaan termasuk NGO.
TAHUKAN ANDA?
  • Setiap hari kita memghasilkan 15,000 tan sampah tetapi kita semakin kesempitan ruang untuk menampungnya.
  • Untuk menghasilkan 1 tan kertas memerlukan 17 batang pokok palm yang berumur tidak kurang daripada 10 tahun.
  • Kerajaan membelanjakan purata sebanyak RM 130.00 bagi melupuskan 1 tan sampah sarap. ( RM 130.00 X 15,000 tan = RM 1,950,000.00 sehari).
  • Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan dengan kos sebanyak RM 4 juta kertas terpakai dari negara luar setiap bulan.
  • Dengan mengitar semula 1 tin aluminium, kita akan menjimatkan tenaga yang mencukupi untuk menghidupkan peti televisyen selama 3 jam.
  • Dengan mengitar semula satu botol kaca, kita dapat menjimatkan kuasa sebanyak 100 watt untuk menyalakan mentol selama 4 jam.
  • Kertas yang dikitar semula dapat mengurangkan 4380 tan sampah sehari. Jumlah ini bersamaan dengan 78,000 batang pokok yang diperlukan untuk membuat kertas. Bayangkanlah betapa kita dapat memelihara hutan kita dengan mengamalkan kitar semula.

No comments:

Post a Comment

TAHUKAH ANDA ???

PROGRAM YANG DIANJURKAN OLEH MAJLIS PENBANDARAN MANJUNG Program & Aktiviti PELAKSANAAN PROGRAM KITAR SE...