JOM KITAR SEMULA !!!

JOM KITAR SEMULA !!!

Friday 28 April 2017

Bahan Kitar Semula

BAHAN KITAR SEMULA



Assalamualaikum dan selamat petang kepada pembaca semua. Disini saya ingin mengongsikan blog pertama saya iaitu mengenai Bahan kitar semula. Saya menulis blog ini sebagai tugasan yang diberi oleh pensyarah saya dalam subjek MTE atau IT. Semoga apa yang saya cuba kongsikan melalui blog ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Selamat membaca !



JOM SELAMATKAN DUNIA !



Kitar semula merupakan proses yang melibatkan 3R iaitu "Reduce, Reuse,Recycle" (kurangkan, guna semula, kitar semula) ke atas barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas, aluminium, logam, botol plastik, kotak, barangan kaca, barangan elektronik dan lain-lain. Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran.

Terdapat banyak definisi mengenai kitar semula. Namun definisi yang sering kali digunakan ialah suatu proses untuk mengubah bahan yang menjadi sisa kepada suatu sumber yang mendatangkan nilai. Terdapat beberapa jenis bahan buangan atau sampah yang dijana oleh kita boleh dihasilkan sebagai satu barangan baharu ataupun barangan yang sama dengan memproses semula barangan tersebut.

Proses kitar semula juga melibatkan usaha mengumpul, memproses, menggunakan semula bahan-bahan yang dianggap sebagai sampah. Kitar semula memungkinkan bahan-bahan yang terbuang dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Amalan kitar semula ini amatlah penting untuk menyelamatkan bumi kita daripada tercemar. Malah kitar semula ini juga dapat mengurangkan pembuangan sampah yang sedia ada di persekitaran kita.



Kitar semula merupakan salah satu cara yang terbaik untuk mengelakkan pencemaran dibumi kita. kita perlu bertindak dengan cepat kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin mneningkat dari semasa ke semasa. Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :

Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa.
● Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa.
● Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi).

● Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa/bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.


                                           


Mengapa perlunya kitar semula?

  • Mengurangkan penjanaan sampah sarap ke tapak pelupusan sampah.
  • Mengurangkan pencemaran udara kesan daripada pembakaran hutan (untuk membina tapak pelupusan sampah).
  • Mengurangkan pencemaran udara kesan akibat pembakaran sampah secara terbuka.
  • Mengurangkan pencemaran sungai dan laut akibat daripada pembuangan sampah secara berleluasa.
  • Mengelakkan pencemaran bau akibat daripada pengurusan sampah yang tidak dilaksanakan secara sistematik.
  • Menjana pendapatan dengan mudah.
  • Kitar semula merupakan amalan yang mudah dilaksanakan dan tidak memerlukan masa yang lama untuk melaksanakannya.
  • Mengurangkan penggunaan sumber yang baharu untuk dijadikan bahan baharu seperti kulit kayu yang digunakan untuk menghasilkan kertas.
  • Bahan yang boleh dikitar semula boleh dijadikan bahan-bahan sumbangan kebajikan.
  • Mengelakkan kepupusan flora dan fauna.





Kepentingan kitar semula terhadap alam sekitar



Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat besar kepada alam semula jadi :

  • Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula dapat membantu  mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.
  • Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah. Oleh itu, sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan.
  • Tenaga yang besar digunakan apabilan membuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dan secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharaan dan pemeliharaan alam semula jadi.
  • Masalah kesan Rumah Hijau juga dapat dikurangkan dengan mengitar semula bahan-bahan terbuang daripada bahan mentah yang menggunakan banyak tenaga. Malah barang yang dikitar semula itu barang yang dapat digunakan semula dan mesra alam.


Kepentingan kitar semula terhadap manusia

  • Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.
  • Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding dihasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.
  • Memelihara sumber asli semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli.
  • Kitar semula juga dapat menjana pendapatan bagi golongan masyarakat yan berpendapatan rendah. Misalnya membuat kraftangan menggunakana bahan yang terbuang dan menjualkannya sebagai sumber pendapatan mereka.

KEBURUKAN TIDAK MENGAMALKAN KITAR SEMULA



Jika kita tidak mengamalkan amalan kitar semula , pelbagai kesan negatif yang akan berlaku. Sikap ini seolah-olah tidak merasa sayang dan cintakan terhadap alam sekitar dan persekitarannya.Antara kesan-kesan yang berlaku jika kita tidak mengamalkan amalan kitar semula ialah: 

  • Suhu bumi akan bertambah panas. Hal ini demikian kerana asap-asap kilang yang menghasilkan produk daripada bahan mentah mengeluarkan karbon dioksida yang boleh memudaratkan suhu di bumi kerana penggunaan tenaga yang banyak. Malah lebih ketara ke atas kesan rumah hijau. Pemanasan global juga berlaku sekiranyan berlaku penebangan pokok-pokok untuk menghasilkan produk yang berterusan.
  • Pencemaran sungai. Pencemaran sungai berlaku sekiranya masyarakat yang tidak bertanggungjawab telah membuang sampah dan sisa-sisa ke dalam sungai. Hal ini demikina kerana boleh menyebabkan sungai-sungai tercemar dan sumbat malah ia boleh menyebabkan berlaku banjir. Di samping itu juga masyarakat bersikap sambil lewa dengan tidak mengasingkan sampah mengikut jenis-jenis seprti kerta, kaca, aluminum dan lain-lain. 



No comments:

Post a Comment

TAHUKAH ANDA ???

PROGRAM YANG DIANJURKAN OLEH MAJLIS PENBANDARAN MANJUNG Program & Aktiviti PELAKSANAAN PROGRAM KITAR SE...